Saturday 17 May 2014

The best...........!

As'salam............
Dan salam sejahtera ..

Sekarang sudah bulan Mei... sekejap ja masa berlalu kan.. Apa yang best atau istimewanya bulan nie??
Mungkin bagi orang lain tak dak apa or biasa saja.. juz, sambut Hari Buruh , Hari Ibu dan Hari Guru kan... Tapi Buat aku Adalah Benda yang tak mungkin Akan Berulang lagi atau Back in time.... kerana hidup ni sekali sahaja guys... apa yang kita, kena hargai dan sayang.Bila dah tak dak di depan kita pasti akan menyesal seumur hidup. Apa jua yang kita buat dalam hidup. orang yang paling byk menyokong dan memberi semangat untuk kita sapa?? KELUARGA.. IM RIGHT OR NOT.. so, tujuan entry aku hari adalah... :-




THE BEST MAMA AND ABAH IN THE WORLD!! why dude???




When you thought I wasn't looking, I saw you hang up my first painting on the refrigerator, and I wanted to paint another one.
When you thought I wasn't looking, I saw you make my favorite cake for me, and I knew that little things are special things.

When you thought I wasn't looking, I heard you say a prayer, and I believed there is a God I could always talk to.
When you thought I wasn't looking, I felt you kiss me goodnight, and I felt loved.
When you thought I wasn't looking, I saw that you cared, and I wanted to be everything that I could be.
When you thought I wasn't looking, I LOOKED... and wanted to say thanks for all the things I saw when you thought I wasn't looking....





17-05-1963


51 years 0 months 0 days
or 612 months 0 days
or 2661 weeks 1 days

In every smile, every tear and every cheer you were always there for me through the years supporting me and providing me with all the energy I needed in order to stand in the game called life.You don’t stop laughing because you grow old, you grow old because you stop laughing heheheh... Happy Birthday Mama and thank you for everything!!



16-05-1961

53 years 0 months 0 days
or 636 months 0 days
or 2765 weeks 3 days

You are the most caring and lovable father on the whole planet. Let me shower some affection and a lot of warm hugs on you on this beautiful day. Happy Birthday Abah....





Saturday 24 August 2013

Cherita bandar chiang mai part 2.

Salam all, how you feel today... Good or not??
Oklah,anyway! aku akan story sikit hari kedua di bandar chiang mai.
hari kedua,aku punya aktiviti p Elephant farm atau ladang gajah.
mengambil dalam masa dari the imperial mae ping hotel ke mae taeng elephant farm lebih kurang 1jam 30 minit macam tuh... dan entry fee nak masuk rm150.00 (1500.00 baht). apa yang ada?
macam2 la... nnt kita layan gambar di bawah ok...
Sepanjang perjalanan kami disana. banyak jugak aku tengok keadaan perbezaan antara malaysia dan thailand. aku nak explain agak susah jugak! kena tengok dengan mata sendiri lah senang cerita.! hehhehe sorry la no...
Actually banyak elephant farm di chiang mai nieh, yang popular la:-

  • Pantara elephant farm.
  • Baan chang elephant park.
  • Eddy elephant chiang mai.
  • Chok chai elephant park.
Kerana sudah penuh tempat-tempat yang aku sebut td, so tour guide(nama dia khui) aku bawa p Mae taeng elephant farm.
ok jugak la... tempat dia.. kerana agak pendalaman sikit dan yang paling PENTING! Toilet dia bersih.. hahahahahah... ramai jugak tourist yg datang memang padat beb...! aktiviti yang boleh kita layan disana mmmm... naik kereta lembu (ox cart), menunggang gajah (elephant ride),makan tengahhari (Lunch time!) and rakit buluh (rafting). apa dapat hampa semua?? best?? for me no comment.. :)

Btw kita layan pic ok..... cerita panjang pon tak guna jugak..!kan.

Tour punya transport.. best oooo!

Welcome to mae taeng elephant farm.












ada berani.. mau naik nieh.. ahhhaha

so, dah tengok... macam mana?? ok tak..
niehh aktiviti pertama aku.. selama 4 jam. after that aku akan story next trip long neck.. ok...
kalau ada apa soalan or nak share sedikit info leh comment dibawah tuh ok...

as'salam... bye..

Terima kasih
Ariff ismail.

Saturday 17 August 2013

Cherita bandar Chiang Mai.

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Finaly, aku start balik menulis di blog nie,setelah beberapa bulan tak di-Update.. hehehehe..
Oooyah.. sebelum terlambat, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya aidifitri untuk semua umat Islam....

Ok, cerita terbaru aku adalah, aku pergi bercuti! kali ini aku bersama family.. kami travel di bandar Chiang Mai.. best ka Chiang mai?? itulah soalan paling banyak aku ditanya oleh kawan-kawan.. best atau tak.. tunggu aku cerita...

Sedikit sejarah tentang chiang mai ini.. (F.Y.I):
Ia.merupakan bandar yang terbesar dan kebudayaan yang paling penting di utara Thailand. dan chiang mai bermaksud "BANDAR BARU" atau "NEW CITY".Didalam bandar chiang mai terdapat anak sungai yang agak panjang dan jugak salah satu tarikan di bandar chiang mai ini, nama sungai itu Chao Phraya (kalau tak silap la)...
Chiang mai,jugak menang "BEST DESTINATIONS IN THAILAND Travel choice 2013" oleh TRIPADVISOR. awesome kan....! kalau tak percaya boleh klik kat sini :-
http://www.tripadvisor.com/TravelersChoice-Destinations-cTop-g293915


So,dah tau serba sedikit pasal Chiang Mai. Jom kita mula Jelajah Bumi Gajah Putih..
Pada 06 aug 2013 (Time puasa),semua keluarga aku sampai di jeti Langkawi dalam pukul 0900am.Masa tuh hujan agak renyai-renyai la... kami menunggu Gate yang ke Satun buka dalam pukul 1000am. Boat jalan pukul 1030 (Actually bukan pukul 1030am! tapi Hampir pukul 1100).
tepat pukul 1200pm sampai dijeti Tammalang port,satun.lepas checking pasport.lebih kurang 1jam sekali tunggu teksi untuk bawa kami p Hatyai international airport, ambil dalam 2jam mcm tu.

Tammalang port,Satun.
Selepas 2jam, akhirnya sampai jugak kami di Hatyai International Airport.Dalam pukul 0230pm macam tu.
so, kena tunggu lagi, coz, flight kami pukul 0405pm. haiiittt.... berapa banyak tunggu la..... hahhaha..
layan ja behind the scene aku sepanjang menunggu nie di airport nie.....
My beloved family.
Tidoq ayam

Setelah lama menunggu,kami berlepas dan sampai lebih kurang 0710pm. apalagi rushing cari teksi. untuk The imperial Mae ping Hotel,Chiang mai. rebiew pasal hotel nieh klik kat sini noh ( http://www.imperialhotels.com/ ).20 minit dari Chiang Mai International Airport. Hotel memang best n ok jugak view dan yang paling best betul-betul tengah bandar nk p mana-mana jalan kaki ja..
Lepas sampai ja terus keluar n carik restaurant Halal Nak buka puasa beb... kami try tanya uncle Google. lokasi Muslim food. jumpa tapi agak jauh la kena naik tuk-tuk, 15 minit jugak la.. so layan gambar Hari pertama aku di Bandar Chiang Mai.. :-

Hhahahah, sampai jugak kami di Chiang mai...!

menunggu lagi.. Teksi la plak...

Which one.. standard taxi or Luxury taxi?

Traditional music at the lobby by beautiful chiang mai girl and awesome music.

On the way, buka puasa... laju ooo Tuk-tuk nie.. macam tau-tau kami dah kelaparan.!

Ini restaurant halal.. makan boleh la dan agak jauh sikit dari hotel.
Done!! untuk hari pertama aku di chiang mai habis kat sini. nanti aku sambung Hari kedua pulak ok..
hope hangpa semua enjoy la noohh.. dengan blog serabut aku nie.. hhehehehe
Assalamualaikum...

Terima kasih
Ariff ismail.

Saturday 9 March 2013

Cherita Bandar hatyai Part 4 (Klonghae Floating market)

Salam...
Hari ini aku akan kongsi story, bagi pencinta makanan atau yang gila makan!
hahahaha... termasuk aku la... dan tempat yang wajib untuk pelancong yang singgah Hatyai.
Iaitu, Klonghae Floating market atau Klonghae Pasar terapung yang terletak dipinggir Bandar Hatyai.

Kalau kita dari, bandar hatyai ke klonghae floating market maybe akan mengambil masa dala 10-15minit.
Tapi aku start dari Hatyai ice dome (Entry yang aku yang lepas, boleh click kat sini kalau terlepas( http://ariff-boy.blogspot.com/2013/03/cherita-bandar-hatyai-part-3-ice-dome), kami sewa "Tuk-tuk" dari hatyai ke ice dome dan Klonghae floating market, dalam 500baht (50.00MYR), dan driver akan tunggu kita, depa tak akan mintak bayaran selagi depa tak hantar kita ke destinasi terakhir. bagus lah macam tuh.. jujur dalam perniagaan.,ok selepas itu, dia hantar kami ke floating market dalam masa 5 minit macam tu. terus tinggalkan kami. pasal dia cakap kat klonghae banyak "Tuk-Tuk". untuk pengetahuan semua, floating market dibuka jam 2.30petang sampai jam 7.00pm. Disebabkan kami terlalu excited nak pergi,jam 01.20pm kami dah sampai.. hahhaha. over kan.. its ok, at least kami boleh jalan-jalan tengok keadaan sekeliling..

Mmmmm. cerita panjang pun tak guna kalau tak ada gambar kan... so layan lah gambar dibawah ini..:-

Pintu masuk ke floating market.
bukan pintu gerbang itu ok..
juz jalan terus ja...
welcome to Kloanghae floatin market.
titi mereka runtuhkan, maybe nak buat yang baru.
titi sementara lak, dibuat dari kayu dan buluh.
Banyakkan, stall mereka.. ada lebih kurang 30 buah sampan.
semua makanan mereka berlainan, memang mengila aku..
ahhhaa

4-5 inchi dari paras air sungai. huhukhuk..

Tembikar yang style-style ini, adalah bekas air.
kita pilih bekas yang kita suka dan pilih minuman kita.
pastu, mereka kira ikut size bekas kita.
harga 15baht-30baht (1.50MYR-3.00MYR).
jangan risau bekas boleh bawa balik.

Yang buluh ini jugak salah satu bekas minum, siap
deco pakai bunga lagi. memang depa ini idea gila-gila la...
awat la, negara kita tak guna pakai bisnes macam depa ahh..


makcik niehh jual telur burung puyuh, masak.
tengok cara dia masak. kreatif kan.. 

Jangan risau, kebanyakkan mereka jual makanan Halal.

Sampan kecil, tapi makanan yang jual.. !

Yang niehh paling aku suka, sup lembu.
memang terbaik lah... dah lama tak rasa sup lembu yang ori.
Must try..

Semua penjual, akan pakai bakul kecik mcm niehh
sama ada bagi makanan dan nak bayar.
Dessert yang terbaik, aiskrim kelapa atau aiskrim nyoir (pelat kedah).
memang murah dan sedap. Kick beb..
must try.


Ok lah......... finally.. dah abis part 4..
Jangan risau ada lagi road trip aku yang akan menyusul tak lama lagi..
iaitu Phuket patong beach dan Phi-phi island. banyakan road trip aku... hahhahaa
apa-apa pun, aku harap semua enjoy ok story yang tak seberapa ini.
maklum lah karangan masa disekolah aku fail.. :)
Thanks all.. kerana sudi baca. kalau ada apa soalan dan ingin kongsi boleh tinggal komen
kat bawah niehh yee....... As'salam...


Terima kasih
Ariff ismail.



Thursday 7 March 2013

Cherita Bandar hatyai part 3 (Ice Dome).

Hai...
Salam.. sahabat-sahabat semua..
Amacam, setelah membaca cherita bandar Hatyai Part 1 dan Part 2..??
Ada, masalah atau konfius tentang perjalanannya ka atau ada apa-apa info yang mahu dikongsi bersama aku.. :) kalau ada sila tinggalkan comment anda ok... InsyAllah aku akan balas..


Ok, Hari ini aku akan story atau share sikit salah satu tarikan yang agak boleh kita layan la..
Dari bandar Hatyai ini.. salah satunya adalah HATYAI ICE DOME!. hatyai ice dome ini berdekatan dengan pintu masuk Taman hatyai atau Hatyai park. dekat situ jugak ada tasik dengan ikan koi yang agak besar-besar dan hatyai park cable car. harga dalam 200baht (20.00MYR) murahkan?! Josh,lina dan caren!
hahahaha.. (Nama-nama yang aku sebut tadi adalah joliboca crew yang ikut aku sepanjang jelajah bumi gajah putih).sambung balik, sebenarnya aku tak naik pown Hat yai cable car, kerana was-was akan tiketnya,
HEH?? mana you tau harga tiketnya?? ok-ok rilek... sebenarnya selepas pulang ke langkawi dan masa aku tengah dok tulis story ini.. tetiba keluar iklan dari tripadvisor, harga hatyai cable car rm20.00. Terkedu la aku.. Huishh kenapa la, Tak survey awal-awal.. Menyesal pown ada..
never mind lah... Benda dah lepas ,jangan dikenang.. Betul tak..
so, aku ada snap beberapa keping pic, yang tak seberapa niehh... untuk semua tatapan umum.. hehhee..










 P/s: kalau nak tahu infi lanjut pasal Ice dome boleh click dekat link ini :-
http://www.hatyaiicedome.com/index.php/en






Joliboca Crew from left joshua tan,lina,caren and me (ariff aka boy).


Pintu masuk hat yai park.





 Hah, ok tak.... sorry la gambar agak teruk sikit.... biasa la, bila dalam tempat sejuk dan gelap sikit..
camera aku atau nama manja dia nikonian niehh meragam.. sejuk dan beku huhuhu..
anyway, aku sambung sikit lagi story ini...

Kalau dari bandar hatyai, lebih kurang 10-15minit naik tuk-tuk (teksi pikap),lebih kurang 100baht(10.00MYR),ja... :) tapi kalau yang pandai main harga dengan driver, boleh try la..
maybe boleh kurang sikit-sikit.....dan harga untuk memasuk Hatyai ice dome adalah Dewasa 300Baht (30.00MYR),manakala Kanak-kanak 200Baht(20.00MYR). dia bagi jacket tebal satu ja..
dan peringatan untuk sahabat-sahabat semua la... jangan lupa pakai seluar panjang dan stoking ok.. sejuk sangat beb.. dalam 15 darjah celcius.. Freeezzeerrrrrrr.........

Apa yang ada di dalamnya:-
sila click di link yang aku sediakan dibawah..
http://www.hatyaiicedome.com

Oklahhh........ aku dah selesai tugas meracun,kongsi info dan bagi semangat untuk semua....
tiba masa untuk aku tamat disini dulu ok...
Nantikan Cherita Bandar Hatyai Part 4 (Floating Market).
Kop khun Kap (Bahasa Thailand) @ Terima Kasih...
Assalamualaikum..
Ariff ismail.