Sunday 3 March 2013

Cherita Bandar Hatyai Part 1.

Salam,
Ini kali pertama aku menulis blog.so, agak sedikit kekok la..
Faham-faham la k.. kalau-kalau penulisan aku agak pelik sikit.!
sebenarnya tujuan aku memasuk dunia blogger nieh, aku nak kongsi atau cerita tentang apa jua perkara yang aku minat Fotografi,mengembara dan memasak. kerana mungkin sedikit banyak, aku akan dapat ramai kenalan baru dan info-info yang agak luar biasa untuk aku.

Orait, sekarang aku akan start cerita,kongsi dan bagi info tentang pengembara aku di Negara Gajah putih (Thailand) sawadeekap...!
Tapi aku tak jelajah seluruh negara thailand la; aku juz, travel dari Langkawi(Kampung aku)-Satun-hatyai-phuket pastu patah balik balik Phuket-hatyai-satun-langkawi. selama 6 hari 5 malam aku bertapa disana. memang betul orang tua-tua kata "Luas perjalanan,luas pemandangan". memang macam-macam ada...... :)
so,kalau sapa-sapa nak tahu lebih lanjut tentang Thailand,aku dah sedia kan linknya:-


                                                                     -Jeti langkawi-

26 feb 2013
0800am(0700am waktu Thailand).
Aku memulakan perjalan,ke jeti langkawi. aku keluar rumah dalam pukul 0745am, mcm tuh.

so, sampai dijeti,lebih kurang 0815minit.aku orang yang terawal sampai dri yang lain.. hahaha
semangat atau over excited! mana taknya.. 3 malam berturut-turut tidur tak lena oooo... terlampau excited nak travel.!! :)

dan selepas tu, ooooo yah.. terlupa.
tiket feri aku sudah beli 2 hari awal kerana takut habis,dengan harga rm30.00 sorang dan sehala.jadi aku beli pergi-balik rm60.00 langkawi-satun.kanak-kanak rm23.00 sorang.

so,aku mengambil feri pada jam 0900am. tetapi biasa lah.. kalau dah nama pun feri atau pengangkutan awam,0900am tapi jalan kol 0945am jugak...so dari langkawi ke satun, dalam 1jam lebih mcm tuh.
selesai dengan urusan imigresen,cop passport atau borderpass (bagi orang utara saja). terus aku, jalan menuju feri. first rasa risau la jugak. macam-macam yang dok main dalam fikiran.
tapi lepas masuk ja dalam feri, hati sedikit lega, ramai jugak mat saleh dan minah saleh dalam feri. hukhukhuk.. terbaik lahh.......




                                                                       -Jeti satun,Thailand-


1100am(1000am Thailand)
Aku selamat sampai di jeti satun,Thailand.disambut dengan hujan yang agak lebat.
memang spoil sikit la. baru nak keluar dari feri, hensem-hensem.dah kena lari macam pelari 100meter.! sampai dikaunter 
imigresen Thailand. aku dibagi satu form arrival dan departure kad. untuk kita isi segala maklumat tentang kita.(p/s: setiasa bawa pen dalam beg,disana mereka tidak bagi pen!). selepas tu, beratur la, aku beratur ada kot dekat 30 minit.
dan  imigresen thailand suruh kita scan beg kita, untuk keselamatan.
Tiba-tiba, aku dipanggil oleh brother thai, tapi boleh cakap melayu. mereka offer teksi kat aku.
bila aku tanya berapa dari satun ke hatyai rm35.00  seorang.. perggh..
tapi, aku tenang ja la.. aku tanya ada bus atau van?? mereka tak payah la.. kerana hujan lebat, agak susah, nak atur public transport.! so, lepas bincang dengan kawan-kawan aku. kami deal naik teksi....


so,selepas settel semuanya kami memulankan perjalanan, mengambil sekitar 1jam 40minit macam tu.. aku terkejut abg. teksi nieh boleh cakap melayu dengan fasih kowt.
dia orang pattani. tapi boleh bahasa dengan baik,siap ada dialek kedah ag. hahahha..
so, tak la boring sangat. macam-macam soalan aku tanya kat dia tentang thailand. sampai kawan-kawan suruh tutup mulut la sat. hehehehehe..


Inilah abg.aris,pemandu teksi kami dari satun ke hatyai.
memang baik dan ramah.peminat setia kumpulan 90an.
(scoin,spring,arrow dan sama waktu dengannya. :))
Selepas,perjalan yang agak panjang dan jauh.
akhirnya aku sampai jugak, dibandar hatyai,thailand.aku mintak abg.aris hantar kami ke tune hotel hatyai. aku booking online terus, dari https://www.airasiago.com mmg murah sikit dari agoda,com dan booking.com. sebab aku compare antara ketiga-tiga web ini.. airasia,com adalah plh murah hotel-hotel yang terdapat list dia..so,kami sampai di tune hotel hatyai dalam pukul 1230pm waktu thailand.. aku ingat nak check-in, terus la landing atas katil. alih-alih check-in time pukul 0200pm. Aduhh, kalau nak check-in awal kena bayar 120.00 baht (12.00MYR). ingat nak letak luggage dulu. dan jalan-jalan sekitar hotel. kot-kot ada kedai makanan halal. Tempat simpan Luggage pon kena bayar 250.00 baht (25.00MYR). Baik aku bayar ja, 120 Baht. dan terus Check-in....... :(

Selepas mandi dan rehat ala kadar. dalam jam 0315pm. kami memulakan perjalan mencari kedai makan yang halal.. dalam 7-10 minit, aku terjumpa kedai makan yang halal.
kakak tu boleh cakap melayu tapi pelat-pelat siam sikit. P/s: terlupa nak shoot gambar kedai makannya.. hehheehe..
Di depan hotel yang aku duduk, ada berlambak "Tuk-tuk" (pengangkutan awam mcm teksi la,tetapi murah sekitar 150baht-250bht jika, pusing-pusing bandar hatyai la).
tapi, tak payah naik la kerana Tune Hotel Hat Yai yang aku duduk betul-betul letak tengah bandar.so, senang ja jalan-jalan kat sana.


Ok,sebelah kanan aku, adalah kedai makan yang halal.
kalau tengok betul-betul ada simpang empat kan?
simpang kanan adalah dari tune hotel.terus ja.
akan jumpa kedai tu..
Oklah.. setakat ini lah kot cherita aku dibandar hatyai. selepas makan-makan.
faham-faham la.. perut sudah kenyang,hati banyak senang. apalagi sightseeing la..
tapi sekejap ja.. pasal esok aku akan gerak ke phuket selama 3hari 2malam. 
Bila nak cheritanya??
sabar, InsyAllah.. akan aku update lagi wokeh....
dibawah niehh gambar makanan yang aku makan di kedai kakak pattani .
nasi goreng kampung dan Sup ekor dan Teh'o' limau panas.!
110baht(11.00MYR).




Dibawah ini. aku bagi link Facebook, gambar-gambar disekitar bandar hatyai:-

Ok,sekian cherita aku. tggu part 2, akan datang. aku mintak maaf sekira ada penulisan dan Cherita aku agak teruk.. ampun maaf dipinta.. hahahahha Assalamualaikum...

Terima kasih.
Ariff ismail.

7 comments:

  1. Abg....sy dan kwn2 dlm perancgan nk p hatyai jgk...kami semua org lgkwi..boleh bgtaw scra rawak dak budget seorg rm brapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya... sorry lambat ya.. actually depend pada kita la.. nak travel mcm mana..
      ok kalau dari segi transport boat/ferry rm60.00 pergi dan balik. dan bila di satun nak ke hatyai by bus rm7.00 3 jam, by taxi rm100 lebih dan by Van rm25.00 2 jam. better naik van la.. save sikit n selesa.. disana hotel byk la low budget and medium budget. depend pada effaafifah.. :)

      Delete
  2. halo, boleh kasih tau schedule ferry/ boat dari langkawi ke satun?

    makasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo.. maaf lambat....
      Daily 4 trips (Fasting month 2 trips daily)

      Langkawi - Satun

      First trip at 9.45am and last trip at 4.30pm.


      Satun - Langkawi

      First trip at 9.45am and last trip at 5.00pm.

      Delete
  3. Hi, nak tanya, tiket feri langkawi ke satun bole beli on9 tak? sbb sy nak pg koh lipe, (langkawi-satun-pak bara-koh lipe) tp sy blm beli tiket feri lg.. takut abis plak.. next week nak pg..

    ReplyDelete
  4. hi... rasanya boleh kot.. tapi saya selalu beli d kaunter ja...

    ReplyDelete
  5. Hi ariff, macam mana anda ke satun melalui hadyai untuk pulang ke langkawi, berapa harga tambang dan masa yang diambil? saya baca byk yg nail bus tapi masa panjang. Saya nak baik feri 1.30pm ke langkawi bulan November ini tapi tak banyak informasi yang tepat macam mane ke satun tammalang port. Kamu ade guna driver ke tempat tempat pelancongan di hatyai tak? Berapa harga sehari? Terms kasih

    ReplyDelete