Monday 4 March 2013

Cherita Bandar Hatyai Part 2 (Bandar diwaktu malam).

Salam.........

Mmmm.. ok.. kembali balik cherita Trip aku di Bandar Hatyai. Post yang Hari itu tentang perjalanan aku dari  Pulau langkawi ke Satun dan Satun ke Hatyai kan..
So, hari ini aku nak tunjuk sedikit gambar bandar Hatyai di waktu malam..
Bandar hatyai memang betul, orang kata bandar Syurga untuk kaki shopping. memang terlalu banyak barang-barang disini, sampai jadi blur aku, mau beli apa.. hehhehe.. Tapi disebab kan Thailand (Hatyai), dekat dengan Langkawi; so, barang-barang dia lebih kurang sama yang sedia ada di langkawi. Macam Jam tangan,kasut atau selipar,baju-baju lelaki atau perempuan dan Etc...... agak biasa la...
Tapi harga agak murah sikit dari Langkawi dan kalau pandai Tawar-menawar memang akan dapat kaw-kaw punya price.dan hati-hati bila tawar-menawar pastu tak jadi beli, KANG NIE MAKAN DIA!! :) 
(Sebenarnya tak ada apa pun. mereka juz maki-hamun anda dalam bahasa Thai.!)

oklah.... jom tengok sedikit gambar di BANDAR HATYAI (SYURGA SHOPPING).

Salah satu jalan dibandar hatyai. Jalan yang bagus berbanding dengan Langkawi.

Odean night market atau pasar malam odean,
kiri kana kaki lima, macam-macam depa jual.

Pasar malam Hatyai atau Hatyai night market ataupun sunsituk night market.
tempat Fashion dari semi ori hingga bundle punya semua excellent.
mesti kena pandai tawar-tawar ok....

Pasar malam Hatyai atau Hatyai night market ataupun sunsituk night market.
tempat Fashion dari semi ori hingga bundle punya semua excellent.
mesti kena pandai tawar-tawar ok....

Odean Night market. atau pasar malam odean.

Odean Night market. atau pasar malam odean.
Tempat jual bird nest yang halal, adik manis nieh boleh cakap melayu.

Odean Night market. atau pasar malam odean.
Tempat jual bird nest yang halal, adik manis nieh boleh cakap melayu.

Yang memang famous kat pasar malam odean.
dia jual udang harimau atau tiger prawn, paha ayam,ketam,burung puyuh dan sosej.
dia juaz,goreng separuh masak, bila nak beli baru dia goreng sekali lagi bagi panas.
akan dibagi pulut sekali.

Odean night market atau Odean pasar malam.
Gerai otak-otak dan pulut udang memang size agak besar jugak la.


Kebanyakan peniaga disana,akan berniaga hingga lewat malam. agak happening sikit la. kerana kita boleh tengok macam-macam barang keperluan harian kita hingga yang luar biasa. Dan jangan lupa try bird nest atau sarang burung.. memang KICK la... ada yang halal dan ada yang tidak halal. terpulang pada masin-masing nak pilih yang mana. :)

oklah.. setakat ini saja entry aku.. tentang Bandar Hatyai. nanti akan menyusul yang baru pulak ok..
kalau ada apa-apa nak tanya, sila comment kat bawah tuh noh.. aku akan balas.. InsyAllah....
Asssalamualaikum..... jumpa lagi..


P/s:kalau terlepas entry yang Cherita Bandar Hatyai Part:1. sila click kat link dibawah nie noh..
( http://ariff-boy.blogspot.com/2013/03/cherita-bandar-hatyai.html )

Terima kasih.

Ariff ismail.

1 comment:

  1. The first US states to legalize sports betting in 2021
    Several other states 경산 출장샵 that have legalized 공주 출장마사지 sports betting have launched in recent 남원 출장샵 years. 하남 출장안마 New Jersey has joined the growing 부산광역 출장안마 list of states that have Jan 10, 2021 · Uploaded by KSH

    ReplyDelete