Saturday 9 March 2013

Cherita Bandar hatyai Part 4 (Klonghae Floating market)

Salam...
Hari ini aku akan kongsi story, bagi pencinta makanan atau yang gila makan!
hahahaha... termasuk aku la... dan tempat yang wajib untuk pelancong yang singgah Hatyai.
Iaitu, Klonghae Floating market atau Klonghae Pasar terapung yang terletak dipinggir Bandar Hatyai.

Kalau kita dari, bandar hatyai ke klonghae floating market maybe akan mengambil masa dala 10-15minit.
Tapi aku start dari Hatyai ice dome (Entry yang aku yang lepas, boleh click kat sini kalau terlepas( http://ariff-boy.blogspot.com/2013/03/cherita-bandar-hatyai-part-3-ice-dome), kami sewa "Tuk-tuk" dari hatyai ke ice dome dan Klonghae floating market, dalam 500baht (50.00MYR), dan driver akan tunggu kita, depa tak akan mintak bayaran selagi depa tak hantar kita ke destinasi terakhir. bagus lah macam tuh.. jujur dalam perniagaan.,ok selepas itu, dia hantar kami ke floating market dalam masa 5 minit macam tu. terus tinggalkan kami. pasal dia cakap kat klonghae banyak "Tuk-Tuk". untuk pengetahuan semua, floating market dibuka jam 2.30petang sampai jam 7.00pm. Disebabkan kami terlalu excited nak pergi,jam 01.20pm kami dah sampai.. hahhaha. over kan.. its ok, at least kami boleh jalan-jalan tengok keadaan sekeliling..

Mmmmm. cerita panjang pun tak guna kalau tak ada gambar kan... so layan lah gambar dibawah ini..:-

Pintu masuk ke floating market.
bukan pintu gerbang itu ok..
juz jalan terus ja...
welcome to Kloanghae floatin market.
titi mereka runtuhkan, maybe nak buat yang baru.
titi sementara lak, dibuat dari kayu dan buluh.
Banyakkan, stall mereka.. ada lebih kurang 30 buah sampan.
semua makanan mereka berlainan, memang mengila aku..
ahhhaa

4-5 inchi dari paras air sungai. huhukhuk..

Tembikar yang style-style ini, adalah bekas air.
kita pilih bekas yang kita suka dan pilih minuman kita.
pastu, mereka kira ikut size bekas kita.
harga 15baht-30baht (1.50MYR-3.00MYR).
jangan risau bekas boleh bawa balik.

Yang buluh ini jugak salah satu bekas minum, siap
deco pakai bunga lagi. memang depa ini idea gila-gila la...
awat la, negara kita tak guna pakai bisnes macam depa ahh..


makcik niehh jual telur burung puyuh, masak.
tengok cara dia masak. kreatif kan.. 

Jangan risau, kebanyakkan mereka jual makanan Halal.

Sampan kecil, tapi makanan yang jual.. !

Yang niehh paling aku suka, sup lembu.
memang terbaik lah... dah lama tak rasa sup lembu yang ori.
Must try..

Semua penjual, akan pakai bakul kecik mcm niehh
sama ada bagi makanan dan nak bayar.
Dessert yang terbaik, aiskrim kelapa atau aiskrim nyoir (pelat kedah).
memang murah dan sedap. Kick beb..
must try.


Ok lah......... finally.. dah abis part 4..
Jangan risau ada lagi road trip aku yang akan menyusul tak lama lagi..
iaitu Phuket patong beach dan Phi-phi island. banyakan road trip aku... hahhahaa
apa-apa pun, aku harap semua enjoy ok story yang tak seberapa ini.
maklum lah karangan masa disekolah aku fail.. :)
Thanks all.. kerana sudi baca. kalau ada apa soalan dan ingin kongsi boleh tinggal komen
kat bawah niehh yee....... As'salam...


Terima kasih
Ariff ismail.



2 comments:

  1. Replies
    1. sorry lambat... :)
      dia buka weekend jumaat,sabtu dan ahad.
      dari pukul 4ptg sampai 8.

      Delete